11 January 2011

Comments....

Nampaknya ada yang tak puashati dengan blog ni. Nak buat macamana. Kita tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Tapi yang penting, saya tahu apa saya dah buat dan saya tahu niat saya. Sebab itulah saya akan biarkan komen-komen mereka-mereka ini tersiar. Supaya masyarakat dan pembaca yang lain boleh melihat siapa sebenarnya mereka ini.

Dari beberapa blog yang saya baca dan email yang saya terima, alhamdulillah, ada kesan rupanya blog saya nie. Harga agen dah tak semahal dulu. Mungkin kerana 'basic economic principle of supply and demand' atau prinsip asas ekonomi iaitu bekalan dan permintaan. Mungkin disebabkan tersiarnya blog ini di internet, permintaan terhadap perkhidmatan agen-agen nikah siam menurun menyebabkan harga perkhidmatan mereka juga terpaksa menurun walaupun barang-barang lain naik. Mungkin sebab inilah mereka-mereka ini marah sangat dengan saya.

Kalau itulah yang berlaku, alhamdulillah. Alhamdulillah juga kerana berkat dari Allah swt, saya terpanggil untuk menulis blog nie. Syabas, tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan buat mereka-mereka yang baru bernikah. Tak kira samada dengan agen ataupun pergi sendiri, yang penting kini anda sah suami isteri. Perjalanan anda baru bermula. Semoga kehidupan anda diberkati yang Maha Esa.


Apapun saya akan terus membiarkan komen diberi secara bebas. Dan saya akan terus meningkatkan usaha supaya lebih ramai orang tahunya kehadiran blog ini.

Ps:- Saya tak perlu membalas komen secara 'annoying mouse' (anonymous) sebab ini blog saya. Tak perlu nak guna mouse. Guna keyboard je menaip sebab saya takde IPad nak buat handwriting....

9 comments:

  1. from TARIKAT NOHIYAH
    to elmyda@gmail.com,
    wanzarma@yahoo.com.my,
    admin@nikahsiam.com
    date Wed, Jan 26, 2011 at 6:28 PM
    subject LATER ALL MAJLIS DI SIAM...
    mailed-by gmail.com

    hide details 6:28 PM (2 minutes ago)

    http://nikah-siam-berkat.blogspot.com/2011/01/cara2-camner-nak-p-majlis-agama-islam.html

    ReplyDelete
  2. pergh... dah pandai ada offer bang wanzarma kita nih. sayang sekali 200 ribu anak haram setiap tahun gagal kita sama2 selamatkan. mungkin dah sampai masanya agen2 nikah siam bersatu BERBANDING bersaing antara 1 sama lain.

    ReplyDelete
  3. http://ejen-umrah-murah.blogspot.com/2011/04/rm500-jer-return-tok-p-balik-kl-tokyo.html

    jadi agen nikah haram tapi agen umrah apa kes? wat sendiri dalam rm1000 BERBANDING rm6000. pau rm5000 seorang. lebih zalim.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Saya amat menyokong usaha murni "nikahhatyaisiam.blogspot.com" dalam memberi panduan kepada pasangan yang berhasrat bernikah di Thailand tanpa menggunakan khidmat agen. Namun begitu pasangan perlu berhati-hati apabila berada di Selatan Thailand. Kebanyakan pasangan tidak dapat menyempurnakan hasrat murni mereka akibat masalah komunikasi (dalam bahasa siam). Akibatnya, ramai pasangan yang di"pau" oleh kutu-kutu jalanan yang bertaburan di sekitar Hatyai/Thailand dan mereka terpaksa menghabiskan wang lebih dari RM2,000 bagi meneruskan hasrat murni mereka. Ada juga pasangan yang pulang hanya dengan sekeping sijil nikah. Dan yang paling menyedihkan, ada yang pulang dengan tangan yang kosong apabila usaha mereka terbantut di separuh jalan akibat masalah komunikasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami di "Alfaiz Consultancy" cuba membantu pasangan yang berhasrat untuk bernikah di Songkhla dengan menawarkan khidmat Nikah di Majlis Agama Islam Songkhla dengan harga pakej yang berpatutan (RM1,500 sahaja). Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di talian 013-335 2275 (Ustaz Faiz) atau layari: alfaizconsultancy.blogspot.com

      Delete
    2. Ini rupanya permainan dia. Menakutkan pembaca dgn cerita dongeng kemudian menawarkan khidmat sebagai agent. Maaf tapi nama jer ustaz tapi menipu.

      Pembaca boleh membaca sendiri komen mereka yg telah berjaya. SEMUANYA menceritakan betapa MUDAHnya untuk melaksanakan hasrat mereka apabila NIAT mereka betul.

      InsyaAllah perjalanan anda akan dipermudahkan dengan niat yg betul dan ikhlas. Tak percaya? Baca sendiri komen sampai habis....

      Delete
    3. Itu komen saya tahun lepas bila terserempak dgn pasangan di kompleks bukit kayu hitam yang mintak tolong dgn saya akibat tertipu. Lepas bayar Rm1,000 pada agen siam & tertunggu2 di duty free akhirnya agen tu hilang. Itu kes tahun lepas. Ini kes minggu lepas, saya ada bawak 1 pasangan siap berbaju melayu, jadi semua org dah dapat agak yg pasangan ikut saya ni nak pegi nikah. Saya terserempak dgn 1 pasangan yang datang dari jauh mintak tolong dgn saya akibat dah baya duit pada driver van siam tapi ditinggalkan di kaunter cop passport. Duit dah bayar. Driver van sekali dgn van tak muncul2. saya terpaksa mintak maaf sebab kereta saya dah penuh & saya sempat bagi panduan ringkas utk pasangan tu pegi sendiri. Yang sedihnya, bila dah lewat petang pasangan tu masih tak muncul. Mungkin diorg terpaksa extend 1 hari @ 2 hari lagi di Siam. Harap komen ni tak dibuang. Bagi yang berhajat untuk gunakan khidmat kami boleh hubungi kami. Bagi yang bercadang untuk pegi sendiri kena berhati2. Lebih2 lagi klu passport yg dah tak cukup 6 bulan tempoh tamat pasti akan kena bayar lebih. budaya rasuah & pau dah jadi budaya pegawai2 imigresen & polis2 thailand. Kes2 lain; ada pasangan yg kena 'pau' rm600 bila bawak masuk keta sendiri ke thailand. Bila ditahan, tak ada permit. Kes2 lain; hari cuti umum kerajaan thailand pejabat konsul tutup tapi ada jugak pasangan yg tetap nak pegi pejabat konsul. Setakat ni dulu yg saya boleh share. Setiap hari saya ko songkhla jumpa dgn macam2 ragam manusia. dalm 100 pasangan pasti ada 1-10 pasangan yg tak terurus..fikir-fikirkan...

      Delete
  5. Assalamualaikum. Kepada pasangan yang berhajat untuk nikah di siam tanpa guna khidmat ejen boleh call pakcik saya: 013-445 9966 (Pakcik Mustapha pemandu kereta sewa bukit kayu hitam). Setiap minggu pakcik saya bawak pasangan pegi nikah di songkhla sekali dengan urusan di pejabat konsulat. Boleh datang terus ke bukit kayu hitam awal pagi. Sampai saja bukit kayu hitam terus call. Kalau nak call booking 1 hari sebelum datang lagi baik. Biasanya Pakcik Mustapha memang ada di sempadan bukit kayu hitam dari pukul 7.00 pagi lagi. Harga tambang teksi untuk 1 hari cuma Rm200 sahaja. Untuk urusan 2 hari Rm400. Bayaran di Pejabat Agama Rm450. Bayaran di pejabat konsulat rm50. Sewa hotel 3 bintang baru rm70. Jadi kalau nak kahwin bawak rm1000 pun dah cukup. kalau nak shoping bawak lah duit lebih sikit untuk belanja handbag kat isteri. Hehe.. Pakcik mustapha boleh bawak jalan2 dekat Hatyai sekali kalau mahu. Tak perlu bayar lebih. Call saja Pakcik Mustapha 013-445 9966.

    ReplyDelete
  6. blh wasap sy 0132266158, untk tnya ap2 berkaitn pernikahan thailand dn pendaftaran di malaysia....no caj..

    ReplyDelete

Sila baca semua komen kerana ianya juga mempunyai informasi dan pengalaman dari pembaca-pembaca yang lain yang boleh membantu menjawab hampir kesemua soalan anda.

Please read all the comments because it also contains useful informations and experiences from previous readers of this blog that can help answer almost all your questions. Use Google Translate for those who do not understand Malay.

Total Pageviews