11 September 2010

Muslim marriage in Hat Yai, Songkhla.

A lot of people is wondering how and what to do if you need to get married in Thailand. I was also wondering about the same question before. A lot of blogs will tell you partially what you need in order to do it but almost all of them will offer you their services to help. With costs, of course. Sometimes, unreasonable costs.


I will tell you of my own journey. My journey of getting married in Thailand without a middleman. A marriage that was solemnised in the office of the Islamic Council of Songkhla itself with the documents notarised by the Malaysian Consulate in Songkhla with a budget of NOT MORE than RM1000. I want to help you plan your own journey there without feeling lost, afraid or pressurised. A trip that will only take about 1 - 2 days depending on YOUR choice. All the procedures, paperworks and regulations can be done within that time. All decisions and choices are yours to make without having any doubts.

I am not a marriage agent and have no inclination to be one. What I wish to do here is just to share the information and knowledge that I have gathered myself so that those of you inclined, can also follow my steps. So that you can think for yourself and see how these so-called agents are making a lot of money out of people who are in need.

Because I am short of time at the moment, I will continue within the next couple of days....

10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa, alhamdulillah kita berjaya juga sampai ke penghujungnya walaupun sebenarnya masih ada lagi 6 hari yang disunatkan untuk kita berpuasa dalam bulan Syawal ni. Alhamdulillah juga kerana blog ni telah mula mendapat perhatian walaupun bukan ribuan atau jutaan peminat yang 'follow'.

Banyak komen yang saya terima marah dengan kehadiran blog nie sebab kononnya boleh menutup periuk nasi mereka. Itu bukan tujuan asal blog nie. Tujuan asal adalah untuk memberi alternatif kepada mereka yang nak pergi sendiri menikah di sana dan juga utk menjimatkan kos didalam zaman semuanya mahal. Dari pengalaman saya di sana sampailah balik, kos keseluruhan tak sampai RM1k termasuk upah driver dan kereta sewa. Tapi dari beberapa blog lain dan info yang saya dapat, ada yang meletakkan harga dari RM1.8k sehingga RM5k untuk urusan yang sama.

Kalau ikut apa yang mereka ini nyatakan, mereka nak membantu mengurangkan kadar zina, anak luar nikah dan maksiat yang kini berleluasa. Alhamdulillah, saya sokong sepenuh hati niat anda. Tapi, takkanlah sampai nak ambik untung minimum RM1000 atas kesusahan orang lain? Dengan membantu membawa mereka pergi menikah pun dah dapat untung pahala akhirat, janganlah pula nak ambik untung dunia sehingga sekali ganda kos sebenar.

Saya pernah bekerja dalam bidang pelancungan. Saya juga dah biasa "backpacking" sendirian dan belayar dengan kapal layar sehingga ke Hong Kong. (InsyaAllah Eropah dalam masa terdekat). Sebab itulah saya berani pergi dan uruskan sendiri pernikahan saya. Sebab itulah muncul blog ini. Untuk memberikan alternatif dan informasi untuk membantu mereka yang tak berapa nak cukup budget untuk cepat-cepat pergi menikah dan tidak lagi hidup bergelumang dengan maksiat. Supaya insyaAllah, berkurangan kadar buang bayi yang dilapor (dan tak dilapor) didalam masyarakat.

Anti sindiket? Ya, sebab mereka inilah yang banyak buat onar menyebabkan agen-agen halal(?) payah nak cari makan. Sebab yang nak menikah takut terjerumus dalam pernikahan yang belum tentu sah. Kehidupan yang boleh membawa derita dimasa depan. Jadi, macamana lagi cara untuk memastikan 100% yang anda tak ditipu oleh sindiket? Dengan pergi sendiri ke Majlis Agama Islam Songkhla, berjumpa sendiri dengan Pegawai Agama di sana, dan menikah. Kemudian, pergi sendiri ke Konsul Malaysia untuk pengesahan.

Walau apapun, saya berdoa semoga Blog saya ni dapat memberi panduan untuk memudahkan apa yang pada pada asalnya mudah tapi disusahkan oleh pemerintah dan pemerintahan yang kita sendiri pilih.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.


PS:- Ada salah satu komen mengatakan hanya RM2 (Bht20) untuk ambil 'tuk-tuk' dari bandar Hat Yai ke Majlis Agama Islam Songkhla. Lagi murah dan jimat sebab dah tak perlu upah driver dan sewa kereta RM250. Kalau ada yg dapat harga nie, sila email saya dan saya akan update blog dengan kos terbaru.


ibnu marzuki al firdaus said...



rm2 je nak ke mais dari hatyai guna tuk2. patut bawak kamera & rakam untuk kongsi ikhlas, kan? wa nanti turun rakam video pulok lagi gere!

19 August 2010

Nikah Siam - (Final) Konsulat Malaysia

Added 25 July 2011
Saya baru dapat tahu yang sekarang proses pengesahan Sijil Nikah tidak lagi mengambil masa beberapa jam seperti sebelum ini. Proses akan memakan masa 1 hari bekerja. Maknanya, serahkan dokumen hari ni, esok baru boleh ambil balik. 

 Refer kepada blog berikut kerana malangnya website rasmi Konsular Malaysia tidak ada info ini:- http://wanzarma.blogspot.com/2011/05/surat-pengesahan-konsulat.html


Keesokkan paginya, seperti yang telah dijanjikan bersama dengan Ismail, kami bergerak ke Konsular Malaysia berhampiran pusat bandar Songkhla. Berbekalkan panduan yang diberikan oleh Ustaz Ismail, bangunan Konsular ditemui. Ia terletak berhampiran dengan Bank Islam Thailand @ Islamic Bank Of Thailand. Konsular sebenar dah berpindah dari tempat lama yang akan anda temui di Google Maps sekiranya anda search "Malaysian Consulate in Songkhla, Thailand".


View Consulate General Of Malaysia in Songkhla in a larger map

Masuk je dalam perkarangan Konsular dah nampak Jalur Gemilang berkibar megah. Rasa bangga plak bila tengok bendera kita di tempat yang dikelilingi bendera Thai. Saya bertanya pak guard depan pagar katner nak cop surat nie, dia tengok je dah tahu surat apa lalu terus mengarahkan saya ke belakang bangunan. Rupanya pejabat kat belakang bangunan utama dan bukan di dalam. Bila sampai, saya tengok dah ada 3 - 4 orang yang menunggu. Saya terus ke kaunter dan menyerahkan semua dokumen yang diminta dan saya diminta duduk. Masa duduk tu yang saya tahu kebanyakkan yang datang sebenarnya nak apply visa untuk masuk ke Malaysia. Yang serupa macam saya, ada seorang pakcik dari Pahang yang tak payah la saya sebut nama. Sembang punya sembang, saya dapat tahu yang pakcik ni tadi bayar RM3000 supaya pernikahannya diuruskan oleh ada mamat sorang nie. Ish ish ish, banyaknya habis duit, terdetik dalam hati.

Pakcik tadi dipanggil untuk tandatangan buku dan mengambil dokumen yang telah disahkan dan beredar pulang. Saya pun dipanggil untuk perkara sama tak lama lepas tu. Kos yang dikenakan oleh Konsular sebenarnya amat-amat berpatutan. Hanya Bht30 untuk sekeping dokumen. Surat nikah, sijil nikah, surat pengesahan nikah, fotostat IC (suami isteri), fotostat passport/pas sempadan (suami isteri) hanya berjumlah Bht210 (Bht30 x 7). Semua dokumen yang telah disahkan Konsular perlu difotostat dan salinannya diberikan pada Konsular (Ustaz Ismail dah bagitahu) jadi saya pun berjalan keluar nak gi fotostat tapi rupanya yang ramai-ramai di pos pak guard depan pagar tadi memang dah tahu. Mereka terus tanya dan offer diri untuk tolong fotostatkan dokumen saya dengan bayaran hanya Bht50. Semua urusan di Konsular Malaysia selesai dalam masa tak sampai 1 jam. Kerana dah plan nak balik Malaysia sebaik sahaja urusan selesai, kami minta Ismail hantar kami terus ke Stesen Bas. Disana, kami telah menaiki van-teksi (Bht180) untuk ke Sungai Golok dan terus masuk ke Rantau Panjang menggunakan motor-teksi (RM4) sambil berhenti untuk cop passport di sempadan.

Jadi, seperti yang diceritakan, sebenarnya tidaklah sepayah itu untuk melangsungkan @ menguruskan pernikahan anda sendiri di Hatyai, Songkhla. Memang seperti yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak, semuanya boleh siap dalam masa 1 hari sekiranya anda plan dari awal dan bukan belasah macam yang saya buat. Bila sampai Hatyai, bergerak ke Majlis Agama Islam Songkhla untuk urusan pernikahan, surat dan sijil nikah serta surat pengesahan sijil nikah. Tak perlu nak menikah tempat lain dan buat surat tempat lain. Kemudian, terus ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk urusan pengesahan selepas solat Zohor.

Kos  @ Majlis Agama Islam Songkhla      : Bht 4500
        @ Konsulat Malaysia                       : Bht   210 
        @ Ismail (Kereta sewa Hatyai)         : Bht 2500
        @ Total Kos (4500 + 210 + 2500 =  Bht7210)


Kesemuanya ini menelan belanja yang tak sampai RM800 pun di Hatyai. Bagaimana untuk kesana, ada banyak pilihan yang boleh anda buat. Yang paling senang adalah drive sendiri sebab sekarang anda boleh set dalam GPS koordinat tempat tempat nie kalau anda ada Google Earth. Sekiranya anda tak boleh nak drive sendiri, saya cadangkan anda naik bas, teksi atau keretapi ke Hat Yai. 2 3 hari sebelum pergi, pastikan anda telefon Ismail untuk urusan kereta dan lain-lain serta Ustaz Ismail untuk buat appointment/temujanji


Semoga kisah perjalanan saya menguruskan sendiri pernikahan saya di Hat Yai ini dapat membantu ramai pasangan yang tersepit di luar sana untuk membuat keputusan yg betul. Anda tak perlu berhabis untuk menikah kat sana. Cukup RM800 untuk perbelanjaan urusan di sana dan RM300 - RM400 untuk belanja makan, shopping, bilik hotel dan sebagainya.

Sebarkan cerita ini. Kongsi dengan rakan-rakan anda. Jangan terpedaya lagi dengan nikah sindiket. Semoga perhubungan anda kekal hingga ke akhir hayat anda. :-)


K

Nikah Siam - (Part 3) Akad Nikah

Seram gak memula masuk sebab tak pernah buat kerja macam nie. Saya pun masuk dan terus diarah duduk atas kerusi depan meja beliau. Lalu ditanyakan hajat saya ke sana. Saya jawab, 'Kami datang ni nak menikah tuk.'. Dia tanya bakal isteri 'Dah kahwin @ pernah kahwin tak sebelum nie?'. Bakal isteri jawab, "Belum". lalu dia pun menerangkan rukun nikah dan menyuruh bakal isteri melafazkan niat menjadikan dia wakil wali dalam pernikahan. Ketika ini, dia menyuruh anak buahnya memanggil beberapa orang lain untuk menjadi saksi. Setelah mereka masuk, dia pun memulakan upacara akad nikah. Dengan dua kali lafaz (yang pertama saksi tak puas hati sebab tuk kadi silap sebut mas kahwin, saya dah betul.) maka sahlah pernikahan saya dengan isteri yg tersayang ("sapa tak sayang bini oooo" kata P.Ramlee).


Tok kadi pun selepas itu meminta diri kerana terpaksa memberi ceramah pula di Taklimat @ Mesyuarat yg berlangsung di Dewan kat luar tu. Saya diminta menandatangani surat nikah dan beberapa dokumen lain lalu diminta menunggu sebentar sementara ianya diproses. Setelah menunggu tak sampai setengah jam, semuanya siap termasuk pengesahan surat nikah dalam bahasa melayu.(Surat nikah etc kat sana Jawi n tulisan Thai). Ismail yang awal tadi ada dalam bilik minta diri untuk siapkan kereta hendak pergi ke pejabat konsul. Tapi, bila dah siap semuanya, Ustaz yang menjadi saksi pernikahan, Ustaz Ismail (+66872888963) bertanya saya dari mana saya kenal Ismail. Kebetulan sama nama pemandu saya tadi dan ustaz yang jadi saksi. Saya bagitahu seperti mana saya ceritakan sebelum ni, saya jumpa Ismail secara kebetulan. Dan saya jenis yang suka plan sendiri apa yang saya buat.

Lalu dia pun menceritakan bagaimana ramai pasangan Malaysia yang tertipu dengan sindiket dan juga upah pakej pernikahan yang tak masuk akal (sehingga >RM5000). Saya bagitahu yang saya akan beritahu semua orang bahawa sebenarnya lebih baik datang dan uruskan sendiri pernikahan tanpa gunakan orang tengah. Lebih afdhal. Dia kata, "Molek sangatlah tu.". Setelah bersembang tentang kisah yang saya baca dalam blog-blog lain dalam internet ni dan pengalaman dia berjumpa dengan pasangan-pasangan nie, tak sedar yang masa berlalu dengan cepat sekali. Ustaz Ismail banyak sangat membantu terutama dari segi informasi tentang apa yang diperlukan untuk memudahkan proses pengesahan.  

Kerana saya tak bawa passport, (passport saya tertinggal kat hotel), maka pengesahan di Konsul Malaysia terpaksa ditangguhkan keesokan hari. Saya bagitahu Ismail, esok nak dia juga yang menghantar saya ke konsul dan dia setuju. Dalam perjalanan balik ke Hotel, saya bertanya Ismail berbagai-bagai perkara tentang dirinya dan juga keluarganya. Saya juga bertanya tentang Hat Yai dan pengeboman serta serangan yang kerap berlaku di Selatan Thai. Dari perbualan itu boleh saya rumuskan yang Hat Yai masih lagi selamat untuk dilawati. Sampai di bandar Hat Yai, Ismail 'drop' kami di sebuah restoran Islam 24jam yang sering dikunjungi pelancung Malaysia. Kami singgah makan dan terus balik semula ke Hotel bergelar suami isteri...........


Bersambung......

10 August 2010

Nikah Siam - (Part 2) Majlis Agama Islam Songkhla.

Dah selesai segala persiapan di bilik, kami pun turun ke bawah untuk mencari 'tuk-tuk' ke Majlis Agama Islam Wilayah SongkhlaKami berjalan hingga bertemu tempat 'teksi moto' berkumpul dan terus bertanya. Mulanya mereka ingat kami nak shopping tapi sebab saya tanya berulang kali boleh cakap melayu ke tak, mereka bawa saya jumpa rakan mereka di seberang jalan.

Di sana saya di kenalkan dengan Ismail (Tel +66899114466),  >>(No tepon Ismail ni mungkin tak boleh digunakan lagi. Cuba yang ni :- Inchik Osman(+66819905343))<< peniaga sebuah warung di kaki lima yang boleh sedikit berbahasa melayu. Setelah memberitahu kepadanya saya ingin ke Pejabat Majlis Agama untuk akad nikah dan seterusnya ke Konsular Malaysia untuk pengesahan sijil nikah, dia telah menelefon rakannya dan bercakap thai dalam telefon.

Ketika ini terus terang saya katakan saya agak 'gabra' kerana fikirkan silap-silap dia tengah tepon kawan dia nak tipu saya. Habis telefon dia kata dia boleh tolong hantar tapi dengan bayaran sebanyak RM200. Saya tanya, betul ke kita nak ke Pejabat Majlis dan bukan kadi bawah pokok, dia jawab ya. Saya tanya lagi betul ke RM200 untuk ke Pejabat Majlis dan ke Konsular Malaysia sekali? Dia jawab, "Ya bang."


Maka saya pun bertawakal ajelah ikut dia. Seperti yang saya katakan, kalau niat kita tu betul, insyaAllah Tuhan akan tolong. Memula tu saya ingatkan dekat sebab search dalam Google Maps nampak dekat je dengan bandar. Tapi kalu tengok dalam map yg ada link kat atas, jauh gak la. Tapi Alhamdulillah, Ismail tidak mengecewakan.

Dari jauh saya dah nampak bangunan tu dan bangunan tersebut kelihatan serupa seperti gambar-gambar yang pernah saya tengok dalam blog serta website lain. Cantik. Memang cantik bangunan tersebut. Bangunan 3 tingkat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (The Islamic Committee of Songkhla) menempatkan Masjid di tingkat atas; Pejabat, Dewan ceramah, dan Dewan makan di tingkat tengah dan tempat letak kereta di bawah.

Kebetulan bila kami sampai je kat sana, masuk waktu Zohor jadi tanpa membuang masa, saya dan Ismail terus bersolat Zohor di Masjid yang saya tak tahu nama sebab tertulis dalam bahasa Thai. Sesudah solat, saya berdoa semoga perjalanan dan rancangan saya diberkati. Bangun je saya terus keluar dan berjalan mengikut Ismail (yang juga sebenarnya tak pernah sampai sini) ke tingkat 2. Di sinilah terletaknya pejabat, dewan dan sebagainya. Ismail pun dengan selamba mula bertanya seorang demi seorang kat mana nak menikah. Rupanya, pada hari itu, ada taklimat @ mesyuarat AJK masjid daerah Songkhla jadi ramai yang datang dari luar untuk menghadirinya. Sehinggalah jumpa seorang petugas masjid yang mengarahkan kami berjumpa dengan seorang pegawai di biliknya.


Bersambung...........

08 August 2010

Nikah Siam - (Part 1). Sampai di Hat Yai.

Assalamualaikum wbt,

Banyak blog-blog yg memberikan panduan bagaimana caranya untuk menikah di Siam @ Thailand. Hampir kesemuanya meminta anda menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan menawarkan perkhidmatan ini. Masalahnya, perkhidmatan yang ditawarkan bukan PERCUMA

Mengapa anda perlu meminta bantuan sedangkan anda boleh menguruskannya sendiri pernikahan dengan kos yg TAK SAMPAI RM1000 dalam masa 1 hari!!!

Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti apa yg telah saya lakukan tempohari di Hat Yai dengan sedikit modifikasi. Saya telah menguruskan pernikahan saya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa pun kecuali seorang peniaga warung tepi jalan beragama Islam yg bernama Ismail.

Saya telah merancang pernikahan saya menggunakan sedikit informasi yang banyak terdapat di dalam Internet kini. Dari dulu lagi saya tak suka nak 'travel' dalam rombongan - i.e. 'Packaged Tours', kerana saya ni jenis "adventourous" dan suka "explore" tempat-tempat nie sendiri. Jadi apabila ada yang menawarkan perkhidmatan package nikah @ kahwin, saya kurang berminat. Saya juga amat risau kerana banyak sangat yang menjadi mangsa penipuan sindiket nikah palsu yang amat banyak berleluasa di daerah Selatan Thailand dan Utara Semenanjung.

Jadi, supaya saya tidak tertipu dan supaya saya boleh mengawal sendiri perjalanan saya, saya mengambil keputusan untuk menguruskannya sendiri. InsyaAllah, sekiranya apa yang kita niatkan betul, perjalanan semuanya akan menjadi lancar tanpa sebarang halangan.

Apa yg telah saya lakukan adalah menaiki keretapi Ekspres Langkawi (EL 8) yg sebenarnya terus ke Hat Yai. Tren yg sepatutnya bertolak pukul 2110mlm, delay sikit malam tu jadi 2145mlm. Taklah lama sangat delaynya. Best naik tren sebab boleh ambik tempat tidur (RM60) jadi bila sampai di Hatyai keesokkan harinya badan anda segar. Sampai Hat Yai lebih kurang jam 1030 pagi. Jangan terkejut sekiranya melihat orang di sana dengan selamba melintas landasan keretapi untuk ke seberang. Ini perkara biasa di Thailand. Pastikan anda melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas sepertimana anda melintas jalan di Malaysia.



Bila sampai di stesen keretapi, saya terus ambik 'Tuk-tuk' untuk ke Hotel Garden Home. Setelah tawar menawar, saya bayar Baht50 (RM5) untuk 2 orang. Sampai di hotel saya terus check-in. Disebabkan sebenarnya saya dah plan nak "Honeymoon" sekali di Hatyai, saya book bilik untuk 3hari/2malam. Al-maklumlah setelah berjalan jauh, badan kadang-kadang terasa penat sikit. Bakal isteri (ketika itu, sekarang dah jadi bini oooo!!!) menyarankan agar kami berehat sebentar menghilangkan penat :-p. Tapi sebab dah sampai, saya kata "Gi mandi nung, kito teruh gi jupo tok kadi. Watpo nok tunggu lagi?".........

Bersambung.......

05 August 2010

Nikah di Hat Yai, Songkhla.

Ramai yg tertanya-tanya bagaimana kalau kita nak menikah di Thailand. Saya juga satu ketika dulu bertanya soalan yang sama. Banyak blog yg menceritakan sebahagian dari cara-caranya tetapi hampir kesemua menawarkan perkhidmatan ini dengan kos. Kos yg kadang-kadang tidak munasabah.

Saya akan menceritakan pengalaman saya sendiri menikah di sana dengan tidak menggunakan perantara. Pernikahan yg berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla sendiri dan disahkan oleh Konsulat Malaysia di Songkhla dengan kos perbelanjaan TAK SAMPAI RM1000  pun. Saya ingin membantu anda merancang perjalanan sendiri tanpa perlu rasa takut atau tertekan. Perjalanan yang hanya memakan masa hanya 1 atau 2 hari bergantung pada pilihan anda. Kesemua urusan boleh anda selesaikan dalam masa tersebut. Segala keputusan dan pilihan anda buat sendiri tanpa perlu rasa ragu-ragu.

Saya bukan agen nikah dan langsung tak minat nak jadi agen. Apa yg saya nak buat hanyalah berkongsi maklumat dan pengalaman saya supaya mereka yg berminat dan berhajat boleh berbuat demikian. Supaya anda boleh menilai sendiri betapa mereka-mereka ini sebenarnya menangguk di air yg keruh....

Kerana kesuntukan masa, saya akan sambung dalam beberapa hari lagi......

Total Pageviews