11 January 2011

Comments....

Nampaknya ada yang tak puashati dengan blog ni. Nak buat macamana. Kita tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Tapi yang penting, saya tahu apa saya dah buat dan saya tahu niat saya. Sebab itulah saya akan biarkan komen-komen mereka-mereka ini tersiar. Supaya masyarakat dan pembaca yang lain boleh melihat siapa sebenarnya mereka ini.

Dari beberapa blog yang saya baca dan email yang saya terima, alhamdulillah, ada kesan rupanya blog saya nie. Harga agen dah tak semahal dulu. Mungkin kerana 'basic economic principle of supply and demand' atau prinsip asas ekonomi iaitu bekalan dan permintaan. Mungkin disebabkan tersiarnya blog ini di internet, permintaan terhadap perkhidmatan agen-agen nikah siam menurun menyebabkan harga perkhidmatan mereka juga terpaksa menurun walaupun barang-barang lain naik. Mungkin sebab inilah mereka-mereka ini marah sangat dengan saya.

Kalau itulah yang berlaku, alhamdulillah. Alhamdulillah juga kerana berkat dari Allah swt, saya terpanggil untuk menulis blog nie. Syabas, tahniah dan selamat pengantin baru saya ucapkan buat mereka-mereka yang baru bernikah. Tak kira samada dengan agen ataupun pergi sendiri, yang penting kini anda sah suami isteri. Perjalanan anda baru bermula. Semoga kehidupan anda diberkati yang Maha Esa.


Apapun saya akan terus membiarkan komen diberi secara bebas. Dan saya akan terus meningkatkan usaha supaya lebih ramai orang tahunya kehadiran blog ini.

Ps:- Saya tak perlu membalas komen secara 'annoying mouse' (anonymous) sebab ini blog saya. Tak perlu nak guna mouse. Guna keyboard je menaip sebab saya takde IPad nak buat handwriting....

Total Pageviews