10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa, alhamdulillah kita berjaya juga sampai ke penghujungnya walaupun sebenarnya masih ada lagi 6 hari yang disunatkan untuk kita berpuasa dalam bulan Syawal ni. Alhamdulillah juga kerana blog ni telah mula mendapat perhatian walaupun bukan ribuan atau jutaan peminat yang 'follow'.

Banyak komen yang saya terima marah dengan kehadiran blog nie sebab kononnya boleh menutup periuk nasi mereka. Itu bukan tujuan asal blog nie. Tujuan asal adalah untuk memberi alternatif kepada mereka yang nak pergi sendiri menikah di sana dan juga utk menjimatkan kos didalam zaman semuanya mahal. Dari pengalaman saya di sana sampailah balik, kos keseluruhan tak sampai RM1k termasuk upah driver dan kereta sewa. Tapi dari beberapa blog lain dan info yang saya dapat, ada yang meletakkan harga dari RM1.8k sehingga RM5k untuk urusan yang sama.

Kalau ikut apa yang mereka ini nyatakan, mereka nak membantu mengurangkan kadar zina, anak luar nikah dan maksiat yang kini berleluasa. Alhamdulillah, saya sokong sepenuh hati niat anda. Tapi, takkanlah sampai nak ambik untung minimum RM1000 atas kesusahan orang lain? Dengan membantu membawa mereka pergi menikah pun dah dapat untung pahala akhirat, janganlah pula nak ambik untung dunia sehingga sekali ganda kos sebenar.

Saya pernah bekerja dalam bidang pelancungan. Saya juga dah biasa "backpacking" sendirian dan belayar dengan kapal layar sehingga ke Hong Kong. (InsyaAllah Eropah dalam masa terdekat). Sebab itulah saya berani pergi dan uruskan sendiri pernikahan saya. Sebab itulah muncul blog ini. Untuk memberikan alternatif dan informasi untuk membantu mereka yang tak berapa nak cukup budget untuk cepat-cepat pergi menikah dan tidak lagi hidup bergelumang dengan maksiat. Supaya insyaAllah, berkurangan kadar buang bayi yang dilapor (dan tak dilapor) didalam masyarakat.

Anti sindiket? Ya, sebab mereka inilah yang banyak buat onar menyebabkan agen-agen halal(?) payah nak cari makan. Sebab yang nak menikah takut terjerumus dalam pernikahan yang belum tentu sah. Kehidupan yang boleh membawa derita dimasa depan. Jadi, macamana lagi cara untuk memastikan 100% yang anda tak ditipu oleh sindiket? Dengan pergi sendiri ke Majlis Agama Islam Songkhla, berjumpa sendiri dengan Pegawai Agama di sana, dan menikah. Kemudian, pergi sendiri ke Konsul Malaysia untuk pengesahan.

Walau apapun, saya berdoa semoga Blog saya ni dapat memberi panduan untuk memudahkan apa yang pada pada asalnya mudah tapi disusahkan oleh pemerintah dan pemerintahan yang kita sendiri pilih.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.


PS:- Ada salah satu komen mengatakan hanya RM2 (Bht20) untuk ambil 'tuk-tuk' dari bandar Hat Yai ke Majlis Agama Islam Songkhla. Lagi murah dan jimat sebab dah tak perlu upah driver dan sewa kereta RM250. Kalau ada yg dapat harga nie, sila email saya dan saya akan update blog dengan kos terbaru.


ibnu marzuki al firdaus said...



rm2 je nak ke mais dari hatyai guna tuk2. patut bawak kamera & rakam untuk kongsi ikhlas, kan? wa nanti turun rakam video pulok lagi gere!

13 comments:

  1. selamat hari raya 6... habis ada pose enam! lol

    ReplyDelete
  2. http://nikah-siam-berkat.blogspot.com/2010/12/aturan-use-jeep-thai-rm2-di-menara-jam.html

    sorry... pic jer.

    ReplyDelete
  3. MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA (MAIS) PUN BUAT DUIT DAH...

    YELAH, KERTAS BODOH (SIJIL NIKAH) HARGA RM500?

    RM50 PUN DAH KIRA MAHAL. PATUT RM5 JE. BILA MURAH, LEBIH RAMAI ORANG MAMPU NIKAH THEN VOLUME TINGGI THUS LAGI UNTUNG BISNES DEPA YANG AKHIRNYA MAKSIAT NEGATIF!

    WA AKAN KONDEM DI PENANG INTERNATIONAL SPEAKERS SQUARE (PISS), YOUTUBEKAN + SEND TO MAIS & THE GENG AGAR MEREKA INSAF, MORE IBADAH NIKAH COMPARE TO BISNES.

    ReplyDelete
  4. http://hebatnya-yahudi.blogspot.com/2011/01/dulu-list-30-naib-kadi-jer-bukan-imam.html

    Menerusi peraturan baru itu, semua pasangan luar yang mahu bernikah di Thailand tidak lagi dibenarkan melakukannya di daerah lain di selatan negara itu seperti Padang Besar, Danok, Patani, Sadao dan Narathiwat supaya pernikahan itu diiktiraf dan didaftarkan dengan Konsulat Malaysia di Songkhla.

    Zakaria berkata, terdapat 30 jurunikah bertauliah Mais yang menjalankan tugas mereka di pejabat Mais setiap hari mulai jam 8 pagi hingga 4 petang.

    PEMBETULAN WAHAI http://nikah-siam.sukasamasuka.net/hubungi.html YANG SAMA KELIRU DENGAN http://nikahhatyaisiam.blogspot.com/ JUA...

    HANYA WILAYAH SONGKHLA BUKAN PATANI, YALA, NARATHIWAT + OTHERS. DAERAH/SUB SEPERTI DANOK, SADAO, HATYAI, NA THAWI & YANG LAIN2 DALAM SONGKHLA BARU TERIKAT DENGAN PERATURAN 16 SEPT 2010. HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
  5. ibnu marzuki ni manyak dengki punya worang. hati manyak busuk. jangan sibuk2 dlm blog ni la.

    ReplyDelete
  6. berapa harga utk pakej nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Maaf tapi ini bukan blog AGEN....

      Delete
  7. kalau admin log in..tlg email kepada saya no fon yg boleh dihubungi utk tour guide ok
    ixora8124@yahoo.com
    terima kasih bnyak2

    ReplyDelete
  8. bandar hatyai ke MAIS 800 baht..based on experience..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pity... Wa bayar rm2 je dengan tuk2 tapi mesti ambik kat area jam dekat pasar. Atau sebelah hotel president ;) lagi rm76 leh enjoy shopping, mah :P

      Delete
  9. Nk tanya..klau dh ada sijil nikah siam..bila dok kat hotel malaysia kena tangkap basah tk..n krna denda tk

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. Kepada pasangan yang berhajat untuk nikah di siam tanpa guna khidmat ejen boleh call pakcik saya: 013-445 9966 (Pakcik Mustapha pemandu kereta sewa bukit kayu hitam). Setiap minggu pakcik saya bawak pasangan pegi nikah di songkhla sekali dengan urusan di pejabat konsulat. Boleh datang terus ke bukit kayu hitam awal pagi. Sampai saja bukit kayu hitam terus call. Kalau nak call booking 1 hari sebelum datang lagi baik. Biasanya Pakcik Mustapha memang ada di sempadan bukit kayu hitam dari pukul 7.00 pagi lagi. Harga tambang teksi untuk 1 hari cuma Rm200 sahaja. Untuk urusan 2 hari Rm400. Bayaran di Pejabat Agama Rm450. Bayaran di pejabat konsulat rm50. Sewa hotel 3 bintang baru rm70. Jadi kalau nak kahwin bawak rm1000 pun dah cukup. kalau nak shoping bawak lah duit lebih sikit untuk belanja handbag kat isteri. Hehe.. Pakcik mustapha boleh bawak jalan2 dekat Hatyai sekali kalau mahu. Tak perlu bayar lebih. Call saja Pakcik Mustapha 013-445 9966.

    ReplyDelete
  11. Kalau non-muslim boleh ke ambil sijil kahwin kat siam

    ReplyDelete

Sila baca semua komen kerana ianya juga mempunyai informasi dan pengalaman dari pembaca-pembaca yang lain yang boleh membantu menjawab hampir kesemua soalan anda.

Please read all the comments because it also contains useful informations and experiences from previous readers of this blog that can help answer almost all your questions. Use Google Translate for those who do not understand Malay.

Total Pageviews