08 August 2010

Nikah Siam - (Part 1). Sampai di Hat Yai.

Assalamualaikum wbt,

Banyak blog-blog yg memberikan panduan bagaimana caranya untuk menikah di Siam @ Thailand. Hampir kesemuanya meminta anda menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan menawarkan perkhidmatan ini. Masalahnya, perkhidmatan yang ditawarkan bukan PERCUMA

Mengapa anda perlu meminta bantuan sedangkan anda boleh menguruskannya sendiri pernikahan dengan kos yg TAK SAMPAI RM1000 dalam masa 1 hari!!!

Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti apa yg telah saya lakukan tempohari di Hat Yai dengan sedikit modifikasi. Saya telah menguruskan pernikahan saya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa pun kecuali seorang peniaga warung tepi jalan beragama Islam yg bernama Ismail.

Saya telah merancang pernikahan saya menggunakan sedikit informasi yang banyak terdapat di dalam Internet kini. Dari dulu lagi saya tak suka nak 'travel' dalam rombongan - i.e. 'Packaged Tours', kerana saya ni jenis "adventourous" dan suka "explore" tempat-tempat nie sendiri. Jadi apabila ada yang menawarkan perkhidmatan package nikah @ kahwin, saya kurang berminat. Saya juga amat risau kerana banyak sangat yang menjadi mangsa penipuan sindiket nikah palsu yang amat banyak berleluasa di daerah Selatan Thailand dan Utara Semenanjung.

Jadi, supaya saya tidak tertipu dan supaya saya boleh mengawal sendiri perjalanan saya, saya mengambil keputusan untuk menguruskannya sendiri. InsyaAllah, sekiranya apa yang kita niatkan betul, perjalanan semuanya akan menjadi lancar tanpa sebarang halangan.

Apa yg telah saya lakukan adalah menaiki keretapi Ekspres Langkawi (EL 8) yg sebenarnya terus ke Hat Yai. Tren yg sepatutnya bertolak pukul 2110mlm, delay sikit malam tu jadi 2145mlm. Taklah lama sangat delaynya. Best naik tren sebab boleh ambik tempat tidur (RM60) jadi bila sampai di Hatyai keesokkan harinya badan anda segar. Sampai Hat Yai lebih kurang jam 1030 pagi. Jangan terkejut sekiranya melihat orang di sana dengan selamba melintas landasan keretapi untuk ke seberang. Ini perkara biasa di Thailand. Pastikan anda melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melintas sepertimana anda melintas jalan di Malaysia.



Bila sampai di stesen keretapi, saya terus ambik 'Tuk-tuk' untuk ke Hotel Garden Home. Setelah tawar menawar, saya bayar Baht50 (RM5) untuk 2 orang. Sampai di hotel saya terus check-in. Disebabkan sebenarnya saya dah plan nak "Honeymoon" sekali di Hatyai, saya book bilik untuk 3hari/2malam. Al-maklumlah setelah berjalan jauh, badan kadang-kadang terasa penat sikit. Bakal isteri (ketika itu, sekarang dah jadi bini oooo!!!) menyarankan agar kami berehat sebentar menghilangkan penat :-p. Tapi sebab dah sampai, saya kata "Gi mandi nung, kito teruh gi jupo tok kadi. Watpo nok tunggu lagi?".........

Bersambung.......

5 comments:

  1. patut cakap anda berada di luar bilik 501 masa nung p mandi dalam kamar mandi, dong...

    ReplyDelete
  2. i check the hotel rate published on the net.
    Lanih rate dia for old wing is THB545/nite.

    ReplyDelete
  3. Transport:
    Flight: KUL - HDY http://www.youtube.com/watch?v=D6R22sZKsTg
    then gi Songkhla dok hotel sana dlm THB500 per day (dlm RM50)
    atau naik teksi from Bkt Kayu Hitam/Danok straight to MAIS, nikah, then gi Konsulat Malaysia berdekatan Samila Beach, Songkhla, then check in hotel.

    ReplyDelete

Sila baca semua komen kerana ianya juga mempunyai informasi dan pengalaman dari pembaca-pembaca yang lain yang boleh membantu menjawab hampir kesemua soalan anda.

Please read all the comments because it also contains useful informations and experiences from previous readers of this blog that can help answer almost all your questions. Use Google Translate for those who do not understand Malay.

Total Pageviews