19 August 2010

Nikah Siam - (Part 3) Akad Nikah

Seram gak memula masuk sebab tak pernah buat kerja macam nie. Saya pun masuk dan terus diarah duduk atas kerusi depan meja beliau. Lalu ditanyakan hajat saya ke sana. Saya jawab, 'Kami datang ni nak menikah tuk.'. Dia tanya bakal isteri 'Dah kahwin @ pernah kahwin tak sebelum nie?'. Bakal isteri jawab, "Belum". lalu dia pun menerangkan rukun nikah dan menyuruh bakal isteri melafazkan niat menjadikan dia wakil wali dalam pernikahan. Ketika ini, dia menyuruh anak buahnya memanggil beberapa orang lain untuk menjadi saksi. Setelah mereka masuk, dia pun memulakan upacara akad nikah. Dengan dua kali lafaz (yang pertama saksi tak puas hati sebab tuk kadi silap sebut mas kahwin, saya dah betul.) maka sahlah pernikahan saya dengan isteri yg tersayang ("sapa tak sayang bini oooo" kata P.Ramlee).


Tok kadi pun selepas itu meminta diri kerana terpaksa memberi ceramah pula di Taklimat @ Mesyuarat yg berlangsung di Dewan kat luar tu. Saya diminta menandatangani surat nikah dan beberapa dokumen lain lalu diminta menunggu sebentar sementara ianya diproses. Setelah menunggu tak sampai setengah jam, semuanya siap termasuk pengesahan surat nikah dalam bahasa melayu.(Surat nikah etc kat sana Jawi n tulisan Thai). Ismail yang awal tadi ada dalam bilik minta diri untuk siapkan kereta hendak pergi ke pejabat konsul. Tapi, bila dah siap semuanya, Ustaz yang menjadi saksi pernikahan, Ustaz Ismail (+66872888963) bertanya saya dari mana saya kenal Ismail. Kebetulan sama nama pemandu saya tadi dan ustaz yang jadi saksi. Saya bagitahu seperti mana saya ceritakan sebelum ni, saya jumpa Ismail secara kebetulan. Dan saya jenis yang suka plan sendiri apa yang saya buat.

Lalu dia pun menceritakan bagaimana ramai pasangan Malaysia yang tertipu dengan sindiket dan juga upah pakej pernikahan yang tak masuk akal (sehingga >RM5000). Saya bagitahu yang saya akan beritahu semua orang bahawa sebenarnya lebih baik datang dan uruskan sendiri pernikahan tanpa gunakan orang tengah. Lebih afdhal. Dia kata, "Molek sangatlah tu.". Setelah bersembang tentang kisah yang saya baca dalam blog-blog lain dalam internet ni dan pengalaman dia berjumpa dengan pasangan-pasangan nie, tak sedar yang masa berlalu dengan cepat sekali. Ustaz Ismail banyak sangat membantu terutama dari segi informasi tentang apa yang diperlukan untuk memudahkan proses pengesahan.  

Kerana saya tak bawa passport, (passport saya tertinggal kat hotel), maka pengesahan di Konsul Malaysia terpaksa ditangguhkan keesokan hari. Saya bagitahu Ismail, esok nak dia juga yang menghantar saya ke konsul dan dia setuju. Dalam perjalanan balik ke Hotel, saya bertanya Ismail berbagai-bagai perkara tentang dirinya dan juga keluarganya. Saya juga bertanya tentang Hat Yai dan pengeboman serta serangan yang kerap berlaku di Selatan Thai. Dari perbualan itu boleh saya rumuskan yang Hat Yai masih lagi selamat untuk dilawati. Sampai di bandar Hat Yai, Ismail 'drop' kami di sebuah restoran Islam 24jam yang sering dikunjungi pelancung Malaysia. Kami singgah makan dan terus balik semula ke Hotel bergelar suami isteri...........


Bersambung......

5 comments:

  1. di sydney cuma aud70 = rm210 sijil nikah majlis agama islam mereka. dengan kata lain, saya sarankan agar MAIN (majlis agama islam narathiwat) hanya perlu caj rm25 & jumlah sampai beres konsulat jadi rm250 je supaya peratus maksiat semakin mengjunam.

    ReplyDelete
  2. awat blog nih tak trafik? p lah paskan kat nikah suka sama suka, wanzarma + http://nikahsiam.blogspot.com/ asap... sebenarqnya saya dah lama cadang kepada mereka agar persatuan agen nikah siam diwujud supaya ianya lebih mantop bersama dengan kelab kahwin thailand esp dari kalangan artis semoga ianya tak nampak jumud konsep married sempadan & dengan ini saya syorkan tuan/puan berusaha sama berjihad dalam membasmi maksiat zina/buan anak!

    ReplyDelete
  3. perkataan hap cai tuh sendiri macam maksiat bersama siam pusat pelacuran dunia so society cemuh sape nikah thailand...

    by d way, +60197918785 saper punya?

    sms 3.30 pm tadi tanya no ofis MAIN (NARATHIWAT)!

    ReplyDelete
  4. lu ibnu marzuki manyak dengki punya orang.
    pi main jauh2.

    ReplyDelete
  5. klu nak nikah dgn indonesia pn ble di terima nikah di songkla Thailand jg ka? plan nk nikah dlm bulan ni jg, harap ada sesiapa yg ble bg informasi, adakah cara2ny sama jg mcm nikah org malaysia.

    ReplyDelete

Sila baca semua komen kerana ianya juga mempunyai informasi dan pengalaman dari pembaca-pembaca yang lain yang boleh membantu menjawab hampir kesemua soalan anda.

Please read all the comments because it also contains useful informations and experiences from previous readers of this blog that can help answer almost all your questions. Use Google Translate for those who do not understand Malay.

Total Pageviews