10 August 2010

Nikah Siam - (Part 2) Majlis Agama Islam Songkhla.

Dah selesai segala persiapan di bilik, kami pun turun ke bawah untuk mencari 'tuk-tuk' ke Majlis Agama Islam Wilayah SongkhlaKami berjalan hingga bertemu tempat 'teksi moto' berkumpul dan terus bertanya. Mulanya mereka ingat kami nak shopping tapi sebab saya tanya berulang kali boleh cakap melayu ke tak, mereka bawa saya jumpa rakan mereka di seberang jalan.

Di sana saya di kenalkan dengan Ismail (Tel +66899114466),  >>(No tepon Ismail ni mungkin tak boleh digunakan lagi. Cuba yang ni :- Inchik Osman(+66819905343))<< peniaga sebuah warung di kaki lima yang boleh sedikit berbahasa melayu. Setelah memberitahu kepadanya saya ingin ke Pejabat Majlis Agama untuk akad nikah dan seterusnya ke Konsular Malaysia untuk pengesahan sijil nikah, dia telah menelefon rakannya dan bercakap thai dalam telefon.

Ketika ini terus terang saya katakan saya agak 'gabra' kerana fikirkan silap-silap dia tengah tepon kawan dia nak tipu saya. Habis telefon dia kata dia boleh tolong hantar tapi dengan bayaran sebanyak RM200. Saya tanya, betul ke kita nak ke Pejabat Majlis dan bukan kadi bawah pokok, dia jawab ya. Saya tanya lagi betul ke RM200 untuk ke Pejabat Majlis dan ke Konsular Malaysia sekali? Dia jawab, "Ya bang."


Maka saya pun bertawakal ajelah ikut dia. Seperti yang saya katakan, kalau niat kita tu betul, insyaAllah Tuhan akan tolong. Memula tu saya ingatkan dekat sebab search dalam Google Maps nampak dekat je dengan bandar. Tapi kalu tengok dalam map yg ada link kat atas, jauh gak la. Tapi Alhamdulillah, Ismail tidak mengecewakan.

Dari jauh saya dah nampak bangunan tu dan bangunan tersebut kelihatan serupa seperti gambar-gambar yang pernah saya tengok dalam blog serta website lain. Cantik. Memang cantik bangunan tersebut. Bangunan 3 tingkat Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla (The Islamic Committee of Songkhla) menempatkan Masjid di tingkat atas; Pejabat, Dewan ceramah, dan Dewan makan di tingkat tengah dan tempat letak kereta di bawah.

Kebetulan bila kami sampai je kat sana, masuk waktu Zohor jadi tanpa membuang masa, saya dan Ismail terus bersolat Zohor di Masjid yang saya tak tahu nama sebab tertulis dalam bahasa Thai. Sesudah solat, saya berdoa semoga perjalanan dan rancangan saya diberkati. Bangun je saya terus keluar dan berjalan mengikut Ismail (yang juga sebenarnya tak pernah sampai sini) ke tingkat 2. Di sinilah terletaknya pejabat, dewan dan sebagainya. Ismail pun dengan selamba mula bertanya seorang demi seorang kat mana nak menikah. Rupanya, pada hari itu, ada taklimat @ mesyuarat AJK masjid daerah Songkhla jadi ramai yang datang dari luar untuk menghadirinya. Sehinggalah jumpa seorang petugas masjid yang mengarahkan kami berjumpa dengan seorang pegawai di biliknya.


Bersambung...........

11 comments:

  1. logo DIY sebelah kanan atas di blog nikah siam berkat khas ditujukan buat anda sebagai penghargaan & jugak pengajaran...

    ReplyDelete
  2. u anti sindiket, masyarakat benci nikah siam.

    kenapa?

    sebab masing2 tak faham!

    macam kafir tak suka orang islam lah... contoh yang paling mudah.

    ReplyDelete
  3. rm2 je nak ke mais dari hatyai guna tuk2. patut bawak kamera & rakam untuk kongsi ikhlas, kan? wa nanti turun rakam video pulok lagi gere!

    ReplyDelete
  4. jika nikah di siam mudah, awat bila nak cerai, sukar pulok nak p semula ke thailand? nampak sangat gemar menyusahkan perkara yang mudah... cuma bawak 2 saksi bukan fasik sebab suami sebelum nih pernah bertaklik. kan senang jer!

    http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/masalah-rumahtangga-isteri-kedua-saya.html

    ReplyDelete
  5. lu ibnu marzuki manyak iri-hati punya orang, hati busuk.
    jangan bikin sibuk dlm ini blog.

    ReplyDelete
  6. HANI, lu bini admin?

    P makan kismiS lah

    Jangan makan KULIT ayam KFC & KEPALA ikan KARI

    bagi info kata dengki lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian mamat ni..sangat kesian...hati busuk mcm itu bangkai...

      saye yang baca blog ni rase sakit hati on behalf of owner, walaupun saye tak kenal dia tapi saye rase dia ikhlas menolong orang Islam yang lain

      Delete
  7. Salam...tumpang tnye.majlis agama islam songkhla berdekatan dgn pantai ke dan dekat x dhn kedutaan malaysi

    ReplyDelete
  8. Kedutaan Malaysia dekat dengan pantai. Majlis Agama Islam Songkhla jauh sikit. Refer peta google maps pada artikel.

    ReplyDelete
  9. Na tya, btol ke lbh murah g sndri nikah kat sna??
    N dgr2 ad mslh kat sna, slamat ke na nikah kt sna?
    Sb dlm prcgan dlm bln 9 nie kmi na ke sna..

    ReplyDelete
  10. Baca keseluruhan blog ni termasuk komen dan buat penilaian sendiri lebih murah ke atau lebih mahal dan selamat ke tak. Blog ni dah bertapak dah beberapa tahun dan berpuluh pasangan yg dah beri testimonial. Yang pergi tapi tak bagi testimonial agaknya dah beratus kalaupun tak beribu pasangan.

    ReplyDelete

Sila baca semua komen kerana ianya juga mempunyai informasi dan pengalaman dari pembaca-pembaca yang lain yang boleh membantu menjawab hampir kesemua soalan anda.

Please read all the comments because it also contains useful informations and experiences from previous readers of this blog that can help answer almost all your questions. Use Google Translate for those who do not understand Malay.

Total Pageviews

Powered By Blogger