Saya baru dapat tahu yang sekarang proses pengesahan Sijil Nikah tidak lagi mengambil masa beberapa jam seperti sebelum ini. Proses akan memakan masa 1 hari bekerja. Maknanya, serahkan dokumen hari ni, esok baru boleh ambil balik.
Refer kepada blog berikut kerana malangnya website rasmi Konsular Malaysia tidak ada info ini:- http://wanzarma.blogspot.com/2011/05/surat-pengesahan-konsulat.html
Keesokkan paginya, seperti yang telah dijanjikan bersama dengan Ismail, kami bergerak ke Konsular Malaysia berhampiran pusat bandar Songkhla. Berbekalkan panduan yang diberikan oleh Ustaz Ismail, bangunan Konsular ditemui. Ia terletak berhampiran dengan Bank Islam Thailand @ Islamic Bank Of Thailand. Konsular sebenar dah berpindah dari tempat lama yang akan anda temui di Google Maps sekiranya anda search "Malaysian Consulate in Songkhla, Thailand".
View Consulate General Of Malaysia in Songkhla in a larger map
Masuk je dalam perkarangan Konsular dah nampak Jalur Gemilang berkibar megah. Rasa bangga plak bila tengok bendera kita di tempat yang dikelilingi bendera Thai. Saya bertanya pak guard depan pagar katner nak cop surat nie, dia tengok je dah tahu surat apa lalu terus mengarahkan saya ke belakang bangunan. Rupanya pejabat kat belakang bangunan utama dan bukan di dalam. Bila sampai, saya tengok dah ada 3 - 4 orang yang menunggu. Saya terus ke kaunter dan menyerahkan semua dokumen yang diminta dan saya diminta duduk. Masa duduk tu yang saya tahu kebanyakkan yang datang sebenarnya nak apply visa untuk masuk ke Malaysia. Yang serupa macam saya, ada seorang pakcik dari Pahang yang tak payah la saya sebut nama. Sembang punya sembang, saya dapat tahu yang pakcik ni tadi bayar RM3000 supaya pernikahannya diuruskan oleh ada mamat sorang nie. Ish ish ish, banyaknya habis duit, terdetik dalam hati.
Pakcik tadi dipanggil untuk tandatangan buku dan mengambil dokumen yang telah disahkan dan beredar pulang. Saya pun dipanggil untuk perkara sama tak lama lepas tu. Kos yang dikenakan oleh Konsular sebenarnya amat-amat berpatutan. Hanya Bht30 untuk sekeping dokumen. Surat nikah, sijil nikah, surat pengesahan nikah, fotostat IC (suami isteri), fotostat passport/pas sempadan (suami isteri) hanya berjumlah Bht210 (Bht30 x 7). Semua dokumen yang telah disahkan Konsular perlu difotostat dan salinannya diberikan pada Konsular (Ustaz Ismail dah bagitahu) jadi saya pun berjalan keluar nak gi fotostat tapi rupanya yang ramai-ramai di pos pak guard depan pagar tadi memang dah tahu. Mereka terus tanya dan offer diri untuk tolong fotostatkan dokumen saya dengan bayaran hanya Bht50. Semua urusan di Konsular Malaysia selesai dalam masa tak sampai 1 jam. Kerana dah plan nak balik Malaysia sebaik sahaja urusan selesai, kami minta Ismail hantar kami terus ke Stesen Bas. Disana, kami telah menaiki van-teksi (Bht180) untuk ke Sungai Golok dan terus masuk ke Rantau Panjang menggunakan motor-teksi (RM4) sambil berhenti untuk cop passport di sempadan.
Jadi, seperti yang diceritakan, sebenarnya tidaklah sepayah itu untuk melangsungkan @ menguruskan pernikahan anda sendiri di Hatyai, Songkhla. Memang seperti yang digembar-gemburkan oleh banyak pihak, semuanya boleh siap dalam masa 1 hari sekiranya anda plan dari awal dan bukan belasah macam yang saya buat. Bila sampai Hatyai, bergerak ke Majlis Agama Islam Songkhla untuk urusan pernikahan, surat dan sijil nikah serta surat pengesahan sijil nikah. Tak perlu nak menikah tempat lain dan buat surat tempat lain. Kemudian, terus ke Konsulat Malaysia di Songkhla untuk urusan pengesahan selepas solat Zohor.
Kos @ Majlis Agama Islam Songkhla : Bht 4500
@ Konsulat Malaysia : Bht 210
@ Ismail (Kereta sewa Hatyai) : Bht 2500
@ Total Kos (4500 + 210 + 2500 = Bht7210)
Kesemuanya ini menelan belanja yang tak sampai RM800 pun di Hatyai. Bagaimana untuk kesana, ada banyak pilihan yang boleh anda buat. Yang paling senang adalah drive sendiri sebab sekarang anda boleh set dalam GPS koordinat tempat tempat nie kalau anda ada Google Earth. Sekiranya anda tak boleh nak drive sendiri, saya cadangkan anda naik bas, teksi atau keretapi ke Hat Yai. 2 3 hari sebelum pergi, pastikan anda telefon Ismail untuk urusan kereta dan lain-lain serta Ustaz Ismail untuk buat appointment/temujanji.
Semoga kisah perjalanan saya menguruskan sendiri pernikahan saya di Hat Yai ini dapat membantu ramai pasangan yang tersepit di luar sana untuk membuat keputusan yg betul. Anda tak perlu berhabis untuk menikah kat sana. Cukup RM800 untuk perbelanjaan urusan di sana dan RM300 - RM400 untuk belanja makan, shopping, bilik hotel dan sebagainya.
Sebarkan cerita ini. Kongsi dengan rakan-rakan anda. Jangan terpedaya lagi dengan nikah sindiket. Semoga perhubungan anda kekal hingga ke akhir hayat anda. :-)
K