Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana lama sangat tak update blog nie. Alhamdulillah walaupun begitu, masih ramai lagi yang mengunjungi blog ini dan mendapat serta menggunakan info yang terdapat di dalamnya untuk menghindarkan diri dari perbuatan maksiat.
Saya rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitry untuk semua. Saya minta maaf sekiranya ada kekurangan dalam blog saya. Apa yang saya tulis adalah pengalaman saya ketika itu. Pengalaman yang amat menyeronokan dan akan terus kekal didalam ingatan. Saya juga yakin anda mempunyai pengalaman yang serupa walaupun tak sama.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat semua pasangan yg telah berjaya mendirikan rumahtangga dengan berkat Allah swt. Saya doakan hubungan anda kekal hingga ke Jannah dan terus bahagia hingga ke akhir hayat.
Saya baru sudah membaca komen-komen yang telah anda tinggalkan dan banyak komen-komen tersebut bertanya tentang masalah pendaftaran. Buat pengetahuan semua, setiap negeri mempunyai undang-undang Syariahnya yang tersendiri yang bermaksud proses perundangan yang berbeza bagi negeri yang berbeza. Di dalam komen-komen tersebut saya telah berjumpa dengan seorang peguam Syarie yang sudi membantu memberikan nasihat tentang proses ini iaitu En Hafiz dari Tetuan Hafiz & Co berpejabat di Kuala Lumpur. Beliau boleh dihubungi di
Phone 03-6258 5877
Email hafiznco@gmail.com
Website http://www.peguam-syarie.com
Facbook https://www.facebook.com/HafiznCo/info
Seperti juga En Ismail dan Ustaz Ismail yang saya sebut didalam blog saya, saya ingin menekankan sekali lagi yang saya tak mendapat komisen satu sen pun dari mereka ini. Apa yang saya buat ini adalah kerana saya tak suka mereka-mereka yang mengambil untung berlebihan atas kesukaran yang patutnya dipermudahkan.
Kepada yang sedang merancang untuk kesana, baca komen komen oleh pembaca yang lain serta print blog ini untuk panduan kesana. Komen dan info dari pengunjung yang lain mempunyai banyak lagi info dan pengalaman yang berguna. Kepada mereka-mereka ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik dan keperihatinan anda dengan berkat dan rahmatNya......