26 March 2012

Pendaftaran dan Proses Mahkamah Syariah Malaysia


Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama saya tak post kat blog nie. Banyak menjawab komen dan persoalan di ruangan komen jer. Saya minta maaf kepada peminat-peminat blog kerana tak update sekian lama. Alhamdulillah bila dapat anak baru, rezeki saya bertambah. Saya rasa juga berkat dari doa tuan-tuan dan puan-puan yang membaca dan mendapat ilmu dari blog saya. 

Seperti yang saya pernah katakan, tujuan saya membuat blog ni adalah untuk membantu kita sesama Islam menghindarkan diri dari perbuatan maksiat dan supaya perhubungan antara kita menjadi sah serta diberkati. Alhamdulillah sekali lagi, walaupun saya tak dapat sesen pun dari hasil blog nie, Allah mengurniakan kepada saya rezeki dgn cara yang lain.

Di bawah ini adalah petikan dari komen yg di ambil dari Blog intim.wordpress.com. Penulis menulis komen sebagai seorg peguam yang banyak menguruskan kes-kes pernikahan di Thailand. Kalau nak baca post penuh klik di sini....

Saya minta maaf sekali lagi. Kerana saya tak tahu dan tak kenal siapa peguam Ahmidul ini. Saya dah cuba cari siapa dia tapi tak jumpa. Kepada yang memerlukan khidmat guaman, saya cadangkan anda berjumpa dgn peguam yg terdekat dgn anda supaya lebih mudah utk berinteraksi.....



Ahmidul berkata:
assalamualaikum
sy adalah salah seorang peguam yg byk menguruskan pendaftaran nikah psgn malaysia yg bernikah di luar. sehingga hari ini sudah ramai pasangan sy bantu yg urusannya telah menjangkau lebih dr 5 tahun. di sini sy ingin memberi sedikit komen serta nasihat kpd semua yg berurusan dgn pejabat agama di luar negara.
ramai warga kita terutamanya pelajar yg berkahwin di luar negara termasuk di amerika, australia, mesir dll. tetapi yg paling ramai bernikah adalah di thailand. sebenarnya dokumen konsulat bukanlah 1 dokumen mandatori atau wajib. kita sbg umat islam bebas utk bernikah di mana-mana negara asalkan semua hukum syarak dipatuhi. jadi urusan pendaftarkan di malaysia tak lebih adalah utk menyeragamkan maklumat warga malaysia yg sudah berkahwin serta utk mengesahkan pernikahan tersebut sah dr segi agama.
sememangnya dokumen konsulat ada dlm senarai dokumen yg diperlukan utk mendaftarkan pernikahan di malaysia TETAPI seperti yg telah sy nyatakan td ia bukanlah mandatori. tanpa dokumen tersebut psgn masih tetap boleh mendaftarkan pernikahan di malaysia. ini telah dibuktikan dlm kes-kes yg pernah sy uruskan sblm ini. sedangkan dokumen konsulat yg palsu juga byk diedarkan. ada juga psgn yg sy wakili pernah mengaku mereka boleh dapatkan dokumen konsulat yg asli ataupun yg palsu dgn byrn tertentu tanpa perlu pergi ke thailand. belum termasuk lg sijil nikah & surat pengesahan palsu yg byk dicetak oleh sindiket nikah yg tidak bertanggungjawab. oleh yg demikian dokumen konsulat tidak memainkan peranan yg penting dlm proses pendaftaran nikah di malaysia.
ada psgn yg sy wakili di mahkamah, mempunyai semua dokumen penting tersebut termasuk dokumen konsulat tetapi tetap menghadapi masalah utk mendaftarkan pernikahan di malaysia. mengikut pengalaman sy yg paling penting adalah SIAPA HAKIM YG BERTUGAS UTK URUSAN PENDAFTARAN PSGN TERBABIT. mengapa sy berkata demikian? kerana kita berurusan dgn manusia, jd ada hakim yg berdisiplin & ada yg tidak terlalu tegas.
APA YG PALING PENTING UTK MEMUDAHKAN & MEMPERCEPATKAN URUSAN DAFTAR NIKAH DI MALAYSIA? kesediaan pihak majlis agama islam thailand membantu dlm proses mahkamah. jika saksi nikah terdiri drpd pegawai majlis agama atau kadi wali hakim itu sendiri sanggup menghadirkan diri di mahkamah maka proses pendaftaran nikah psgn akan menjadi lebih mudah & pantas. ini telah dibuktikan sblm ini dlm kes yg pernah sy wakili, jika pegawai agama atau kadi dpt memberikan penjelasan di mahkamah syariah segala urusan daftar akan selesai dlm masa yg singkat.
juga sy tidak nafikan apa yg dikatakan oleh rakan kita jika hakim atau pegawai agama di malaysia mengenali jurunikah thailand yg menikahkan psgn tersebut, segala urusan akan bertambah mudah. pernah 1 psgn yg sy wakili dr melaka, bernikah di thailand kerana mahu berpoligami, kemudian mendaftarkan pernikahan mereka di johor, segala urusan dpt diselesaikan dlm beberapa bln sahaja & psgn terbabit lgsg tidak dikenakan sebarang denda.
APA YG PERLU DIELAKKAN APABILA PSGN BERNIKAH DI LUAR NEGARA? jgn bernikah di lokasi selain dr pejabat majlis agama islam kerana ia akan merumitkan urusan pendaftarkan nikah di malaysia. contohnya tak kira samaada bernikah di pejabat agama songhkla, yala, narathiwat atau pattani cuma elakkan bernikah di luar pejabat agama.
secara kesimpulannya, urusan daftar nikah di malaysia akan tetap bergantung kpd hakim. jika dpt hakim yg membuat kerja secara terperinci maka sukarlah sedikit urusan daftarnya. jika dpt hakim yg sudah sedia maklum urusan di tempat nikah terbabit atau mengenali kadi wali hakim maka mudahlah urusan daftar nikah.
dokumen nikah, surat pengesahan, dokumen konsulat hanyalah sekeping kertas. berapa byk dokumen palsu yg diedarkan, hakim tkkn memudahkan urusan daftar psgn semata-mata hanya kerana dokumen tersebut. ada psgn yg sy wakili mempunyai semua dokumen tersebut tetapi hakim tetap mahu saksi nikah atau jurunikah menghadirkan diri semasa perbicaraan di mahkamah. ada psgn yg hanya mempunyai salinan sijil nikah (bukan yg asli), tanpa dokumen konsulat atau surat pengesahan serta salinan bukti perjalanan tetapi masih dpt mendaftarkan pernikahan mereka di malaysia. ada psgn yg mengemukakan dokumen konsulat tetapi urusan di mahkamah masih blm selesai walaupun sudah menjangkau lebih dr 1 tahun.
yang paling penting adalah niat, jika niat kita betul insyaallah Alllah swt akan melindungi kita. jd sblm psgn mahu bernikah di thailand, sebaik-baiknya betulkan niat anda dahulu. sy tidak galakkan & sy tidak menegah. terpulang kpd hak masing2 utk membuat keputusan.

Total Pageviews

Powered By Blogger